Aktiviti Terkini
Kelas Pengajian Al-Quran Anak2, Setiap Isnin-Khamis, Pukul 8.00 - 9.30 malam ,Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Kelas Pengajian Agama/Perkongsian Ilmu, Sabtu ke-2 setiap bulan, Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Kelas Pengajian Agama/Al-Quran Suri, Ahad setiap 2 minggu, Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Majlis Perjumpaan Penduduk dan Taklimat Penubuhan KRT , Tarikh:5 Februari 2016,Tempat:Kabin Komuniti Embun     |    Hari Keluarga dan Sukaneka Embun 2016, Tarikh:20 Februari 2016,Tempat:Kabin dan Padang Permainan     |   

Rabu, 25 Jun 2014

Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan


Kronologi Penubuhan :
  1. Sebahagian penghuni Taman Embun mengadakan perbincangan dan pungutan suara secara bertulis melalui Borang Maklumbalas Penubuhan Persatuan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 8 Jun 2014.
  2. Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek diadakan pada 21 Jun 2014. 
  3. Pendaftaran Persatuan dibuat melalui Sistem eRoses pada 22 Jun 2014.
  4. Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek telah berjaya didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dibawah Akta Pertubuhan 1966 pada 24 Jun 2014.
Perbincangan dan Pengutan Suara Secara Bertulis :


    1. Sebahagian penghuni Taman Embun mengadakan perbincangan dan pungutan suara secara bertulis melalui Borang Maklumbalas Penubuhan Persatuan dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 8 Jun 2014.
    2. Beberapa siri perbincangan dibuat sebagai persediaan Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja
    3. Surat Jemputan ke Mesyuarat diedarkan pada 17 Jun 2014
    Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan :
    1. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek diadakan pada 21 Jun 2014
    2. Agenda Mesyuarat :
      • Ucapan Pengerusi Mesyuarat
      • Perbincangan Penubuhan Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek
      • Perbincangan Draf Perlembagaan Persatuan
      • Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja Penubuhan
      • Hal-hal lain.
    3. Senarai AJK Penaja yang dipilih :
      • Pengerusi                  : Encik Mohamad Arqam Mohammad
      • Timbalan Pengerusi  : Encik Mohd Rahiman Bin Ab. Rahman
      • Setiausaha                 : Encik Hazili Bin Kesudi
      • Penolong Setiausaha : Encik Mohd Suhazizi Bin Sulaiman
      • Bendahari                  : Encik Sazali Bin Abu Sujak
      • AJK Biasa 1              : Encik Shafulnizam Bin Abd Rahman
      • AJK Biasa 2              : Encik Razif Bin Ithnain
      • AJK Biasa 3              : Encik Norazwar Bin Kamaruddin
      • AJK Biasa 4              : Encik Azhari Bin Abass
      • AJK Biasa 5              : Encik Sivaraj A/L Uthira Pathi
      • AJK Biasa 6              : Encik Abdul Halim Bin Mat Isa
    4. Pembentangan draf perlembagaan. Beberapa perkara penting dipersetujui :
      • Fasal 1 & 2  : Nama, Alamat & Tempat Urusan Persatuan
      • Fasal 3         : Tujuan & Matlamat Persatuan
      • Fasal 4         : Keahlian
      • Fasal 5         : Sumber Kewangan 
            • Yuran Pendaftaran - RM30
            • Yuran Tahunan      - RM60
      • Fasal 6          : Pemberhentian & Pemecatan Ahli
      • Fasal 7          : Mesyuarat Agung
            • Tahunan
            • Pemilihan AJK Baru Secara Dwi Tahunan
      • Fasal 8           : Jawatankuasa
      • Fasal 10         : Kewangan
            • Duit Tunai  - RM100
            • Perbelanjaan < RM1000  - Pengerusi / Bendahari /Setiausaha
            • Perbelanjaan < RM2000 -  Jawatankuasa Penaja/Tadbir
            • Perbelanjaan > RM2000 -  Mesyuarat Agung
      • Fasal 18         : Logo & Keterangan
    5. Penyediaan Maklumat dan Dokumen Mesyuarat oleh Setiausaha Penaja
    6. Permohonan Pendaftaran Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek melalui Sistem e-Roses pada 22 Jun 2014

    Pendaftaran Persatuan Melalui Sistem e-Roses :
    1. Setiausaha jana akaun baru dalam Sistem e-Roses
    2. Pengisian maklumat yang diperlukan seperti dipersetujui dalam Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan dalam Sistem e-Roses
    3. Pembayaran secara atas talian sebanyak RM30
    4. Pengesahan dan Penghantaran
    Kelulusan Permohonan Pendaftaran Persatuan :

    1. Pegawai JPPM menghubungi setiausaha berhubung permohonan
    2. Keputusan permohonan dimaklumkan melalui e-mel.
    3. Sijil Pendaftaran Persatuan boleh dimuat turun melalui Sistem e-Roses.

    2 ulasan :

    1. Dicadangkan sekiranya dapat disediakan Direktori bercetak dlm bentuk Namecard/booklet/kalendar mengandungi Nama, No. telefon dan alamat rumah orang kuat komuniti (AJK) untuk diedarkan kepada setiap ahli rumah bagi tujuan komunikasi apabila keadaan memerlukan. Disamping dapat war-war kan Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek.

      BalasPadam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      BalasPadam

    Copyright © Persatuan Komuniti Embun Timur@Enstek | Designed & Published Blogger Templates